Showing posts with label Koma. Show all posts
Showing posts with label Koma. Show all posts

24.10.12

Saya bukan pelik tapi saya adalah saya #1



Saya dilahirkan dalam kalangan manusia normal. Cuma, tika kecil ibu kata saya ni pendiam. Susah mahu berkata. Sampaikan ibu ingat saya ni mungkin bisu. Saya dibesarkan bersama ibu dan ayah dan seorang abang di rumah flat kakitangan beruniform kerajaan.  Tika saya sudah berumur lima tahun, ibu sekolah kan saya. Saya tak tahu pun apa itu sekolah. Yang saya tahu pakai baju yang berkain tanpa lengan tu langsung dipimpin ibu masuk ke kelas. Sampai ketemu sama seorang wanita yang seakan umur ibu waktu itu. Kata ibu, usah aku takut. Abang ada bersama aku. Abang seorang manusia senang. Hantar saja kemana pasti dia senang. Senang berkata, senang bergaul. Tapi bukan aku. Aku pendiam. Diam macam batu.

Ftn A

5.6.12

Tolong faham

Baru aku sedar, selama aku pegang umur 17 tahun 7 bulan 8 hari ini,
Banyak sudah perkara aku sedah kecapi.

Banyak sudah perkara Allah telah berikan kepada aku.
Aku sepatutnya bersyukur.

Aku sudah merasa segalanya.
Aku sudah cukup punya semuanya.

Cuma sekali ini saja dia tidak bagi aku merasa.
Bukan tidak bagi

Cuma mungkin lambat sebentar.
Cuma mahu diuji sedikit.

Takkan diuji sebentar, aku mahu dirasakan sakit? perit?
Takkan diberi selama umurku itu, aku dirasakan senang, gembira,
Aku alpa?

Jadi, tolong faham.
Pegang otak kau dan letakkan dikepala.
Pegang hati kau dan letakkan di sudut jauh dalam itu.

Supaya ianya kebal.
Jadi tolong faham.

Ftn A
Setiu, Terengganu

19.5.12

Ketidakpastian

Malam nih aku merengek. Merengek kepada benda yang aku sendiri tak pastikan apa.
Sedih
Terharu.

Aku terharu kerana dalam bangun jatuh aku, aku punya keluarga yang sering memberi kata semangat dan dorongan.

Sebab itu aku rasa sayu, Allah itu maha pengasih.


Aku terharu kerana dalam sakit lelah aku mencari kepastian, aku punya rakan-rakan yang senasib. Dalam masa yang sama, kami sama-sama membangunkan diri kami yang telah terkulai layu. Cuba gembirakan hati masing-masing.

Sebab itu aku sedih. Rakan aku berhak terima nasib yang lebih baik dari aku.


Sesudah ini, kita akan mulakan hidup arah tuju masing-masing. Kejar cita-cita. Usaha sungguh-sungguh. Entah kenapa aku sedih. Entah. Fatin Anuar kenapa kau tiba-tiba sedih?

3.4.12

Tidak kesahlah

Aku kau
Manusia sama.

Apa yang membezakan kita?
Tiada.

Kalau dihisab nantipun. Tiada apa yang ditanya melainkan amal.
Bukan ditanya.

Pangkat kau apa?
SPM kau dapat berapa?


Tidak kesahlah belajar dimana-mana asalkan dapat sambung belajarnya.
Tidak kesahlah bekerja dimana-mana asalkan halal rezekinya.

Manusia sekarang lebih memikirkan darjat, tempat status untuk menilai sesuatu.
Manusia sekarang lebih memilih apabila sudah dapat sesuatu.

Manusia itu kita.

Tidak hairanlah ramai penganggur dalam kalangan lepasan graduan yang belajarnya tinggi-tinggi melangit.
Tidak hairanlah.


Ftn A
2 April 

30.3.12

I wish you to come back.

I've been losing Koma (the other version of Noktah)
There's a lot memories in it. My speaks, my mind. Oh man. How I can't manage to take a good care of you?

I wish you to come back.

If you don't know Who the hell koma is? Click Here

24.12.11

Let's pack up gears!




 So, this is my holiday, my job and my plan after SPM. HA-HA! Siap ada tiket & buku panduan pelancongan tau!

7.11.11

Soul

"Bila kepasrahan hati jatuh ketanah, dalam pada itu jua, perut dirobek keluarnya usus.
Tatkala siang berganti malam.

Disaat itu, kau menghilang"

1.10.11

Physic

Salam dunia yang penuh kejahilan.

Tuhan sering menigatkan kita 5 perkara sebelum 5 perkara. Tapi hari ini aku akan bercakap tentang sihat sebelum sakit dan lapang sebelum sempit.

Apa yang aku nak coretkan disini, adalah mengenai aku. Aku manusia yang penuh dengan kealpaan. "Manusia mudah lupa" terus menjadi igauan.

Aku diduga tuhan semasa tiba waktu peperiksaan. Masa itu kertas yang paling aku tunggu-tunggu untuk melepaskan semua aliran ilmu dikepala aku.

Malam itu, aku hanya duduk merenung lemah. Aku tiada daya. Segala apa yang aku telaah seolah-olah di tolak tepi oleh otak. Otak hanya menjerit untuk rehat.

Selepas selesai Isya' , aku terus merehatkan diri. Mujur rakan bangunkan aku untuk telaah sama-sama. Aku turun. Tapi aku tidak berdaya terus naik keatas dan mengambil keputusan untuk 'mati sementara'.

Esok paginya di kelas, aku hanya tidur dan tidur. Tiada satu detik pun aku buka buku dan cuba baca.
Sedihnya, semasa menjawab pun sama.

Ilmu Fizik,
Aku minta maaf jika aku kecewakan engkau.
Namun waktu itu aku tidak berdaya.
Aku harap kita boleh berjaya.
Insyaallah.

Notakaki : Jadi ingatlah wahai my transparent cyber friends, bila kita sihat itulah kita cuba cari waktu untuk belajar. Jangan diwaktu akhir. Mana tahu kita diduga tuhan waktu itu.

9.42 AM
Seremban, Negeri Sembilan

5.6.11

Koma ,


"Let's open our heart to accept.
Let's open our mind to the world."

Aku cuma budak abnormal yang suka memerhati keadaan.Aku cuma diam dan perhati
*senyum

Bagi kamu, mungkin akulah orang yang paling membosankan.
Bagi aku, mungkin aku yang orang yang membosankan
Tapi apa yang penting aku menikmati hidup dengan cara aku sendiri.

Bukan sibukkan diri dengan perkara yang tidak membawa ke mati.