Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

9.4.15

Penghabisan.

Pertamanya ada,
Pengakhirannya kita tak pasti apa.

Harus sekali berganti
Tapi janji aku tetap bersemadi di hati.

Jatuh bangun,
Kadang kala semangat itu buat aku terpegun.

Kongsi gembira kecewa,
Kalian akan senantiasa dalam jiwa.

Tigapagi-- dan tak boleh tidur
Klang

22.9.12

Wake up late night


I hear to our songs.
It's remind me our memories.

Sleepless long nights
Just awaits you to coming into my heart

Goodnight dear.

6.7.12

My first Mandarin Class.

Hey all! So long... and my writing skills seems shitz. Haha.

Okay, semenjak saya tidak tahu menahu nak buat apa, I'll just hanging out at home and I'll decide to attend mandarin class.

Semalam merupakan kelas pertama saya. Saya belajar di Asia Educational Academy. Hikhikhoook. And the class was awesome. My teacher seems good. Dan classmate saya semua dah berumur, dah ada yang dah kahwin, ada yang dari Thailand. Ada yang berbangsa Chinese but, they don't know how to speak mandarin.

Guess what?! Saya yang paling muda dan kacak dalam kelas. ahhahahahahaaha. *annoying*

Masuk-masuk kelas je aku dah start menggelabah. Biasalah darah gemuruh memang macam gini. Pertama sekali, ingatkan salah kelas sebab tengok semua macam orang bekerja je. Sekali check balik time table, betul la.

*lalu masuk buat muka blur* Seat pilih nak depan je. Hahaha

Lepastu, kena perkenalkan diri. Did I mention yang I'm suppose to speak in English while introducing myself? Sebab ada foreigner. Sebab tu kena speaking u'olls.

Mahu tak Oh My English aku taim tu, haha. Kena perkenalkan nama, umur and kenapa masuk kelas mandarin.

Lepasni we olls will get our chinese names! Yeay! Haha. Sebab teacher susah sangat nak hafal nama masing-masing.

Ok.. myself going to be great. And dah pun apply untuk futher studies untuk second intake (November). Wish me luck :)


17.6.12

Orang paling tabah

Beliau dilahirkan tanpa mendapat peluang untuk merasa kasih ayahnya. Selebihnya, beliau dibesarkan oleh ibunya yang tabah. Sampai ke hari ini beliau rindukan kata-kata ayahnya yang mungkin tidak pernah untuk beliau dengari.Hidupnya susah. Tapi beliar tidak pernah berputus asa.

Kehidupan beliau yang dahulu masa kecil mengajar beliau untuk membina hidup di masa hadapan. Kini, beliau dikurniakan keluarga yang bahagia. Walupun pelbagai rintangan tetapi beliau tetap tabah.

Beliau yang dimaksudkan adalah Abah.

Abah selalu berpesan "Abah kalau boleh, abah mahu kau punya segala. Supaya kau tidak susah payah mahu meminjam-minjam orang. Supaya kau senang belajar, abah tak nak kau jadi macam abah. Nak belajar pun susah"



Abah manusia tabah. Paling tabah. Aku belajar dari dia.
Selamat Hari Bapa.


9.6.12

Ada hati simpan.

Haish. Saya sakit. Sakit daripada mulut-mulut yang binasa. Sakit daripada hati-hati yang mencela. Tapi entah mengapalah aku rasa mahu hentak saja kepala di atas tanah. Biarkan berderai hancur. Yaa! Baguslah. Bersatulah ia kembali dengan asalnya. 


Mahu menangis pun tiada guna. Cuma, kalau dengan menangis itu boleh memberikan kau apa yang ditinggalkan. Aku pun mahu menangis.

Tapi, engkau sudah besarkan. Sudah boleh fikirkan?


5.6.12

Tolong faham

Baru aku sedar, selama aku pegang umur 17 tahun 7 bulan 8 hari ini,
Banyak sudah perkara aku sedah kecapi.

Banyak sudah perkara Allah telah berikan kepada aku.
Aku sepatutnya bersyukur.

Aku sudah merasa segalanya.
Aku sudah cukup punya semuanya.

Cuma sekali ini saja dia tidak bagi aku merasa.
Bukan tidak bagi

Cuma mungkin lambat sebentar.
Cuma mahu diuji sedikit.

Takkan diuji sebentar, aku mahu dirasakan sakit? perit?
Takkan diberi selama umurku itu, aku dirasakan senang, gembira,
Aku alpa?

Jadi, tolong faham.
Pegang otak kau dan letakkan dikepala.
Pegang hati kau dan letakkan di sudut jauh dalam itu.

Supaya ianya kebal.
Jadi tolong faham.

Ftn A
Setiu, Terengganu

28.5.12

Alhamdulillah bertemu jua Inspirasiku

Jikalau kalian ada membaca coretan aku sebelum ini, ada aku selitkan harapan untuk bertemu dengannya, lihat dia beraksi. Itupun sudah cukup.

Allah kabulkan impian aku,
Untuk berjumpa dengannya. Malah, lihat beliau beraksi, lihat beliau melancarkan buku. Lihat kesederhanaan beliau bergaul dengan anak-anak muda.



Aku kagum.

Aku bertekad dengan diriku, selagi aku tidak berjumpa dengannya, merakam sedikit memori dengannya, aku tidak mahu pulang. Itu janji aku.

Aku bersyukur, aku dapat bertemu beliau.



Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku.

Usai, bertemu dengan beliau, ketika mahu pulang sempat aku bersalam dengannya. Bagai seorang cucu bersalam dengan atuknya.

Waktu itu, terharu benar aku. Aku begitu rindukan arwah atuk. Sudah lama benar aku tidak bersalam dengan atuk.

Alhamdullilah.
Terimakasih rakan. Kalau tidak engkau turun temankan. Mungkin aku tidak dapat berjumpa dengan pejuang rakyat yang dikagumi ini.



Semoga Pak Samad terus tabah :)

23.5.12

Kalau nak cakap tentang dia.

Menjenguk aku ke laman engkau. Aku rasa lain.
Entah. Mungkin aku mahu kenal engkau.

Tapi entah.
Kalau nak cakap tentang dia.
Aku memang tidak reti.

Aku ini bukanlah jenis reti menilai.
Tapi kalau diikutkan.

Ya, engkau.
Yang berkaca mata, berkulit kuning langsat mahupun sawo matang.

Ya, engkau 
Yang selalu berlegar-legar dalam anganku, mimpiku waktu malam.

Argh, kita selalu berjumpa dialam mimpi.
Sayangkan.

Kalau diberi peluang.
Aku mahu bertanya kepada engkau.
"Siapa sebenarnya aku?"
"Siapa sebenarnya kita?"

19.5.12

Ketidakpastian

Malam nih aku merengek. Merengek kepada benda yang aku sendiri tak pastikan apa.
Sedih
Terharu.

Aku terharu kerana dalam bangun jatuh aku, aku punya keluarga yang sering memberi kata semangat dan dorongan.

Sebab itu aku rasa sayu, Allah itu maha pengasih.


Aku terharu kerana dalam sakit lelah aku mencari kepastian, aku punya rakan-rakan yang senasib. Dalam masa yang sama, kami sama-sama membangunkan diri kami yang telah terkulai layu. Cuba gembirakan hati masing-masing.

Sebab itu aku sedih. Rakan aku berhak terima nasib yang lebih baik dari aku.


Sesudah ini, kita akan mulakan hidup arah tuju masing-masing. Kejar cita-cita. Usaha sungguh-sungguh. Entah kenapa aku sedih. Entah. Fatin Anuar kenapa kau tiba-tiba sedih?

Jakarta ⇆ Bandung


Hi. Kalian boleh panggil saya Amir. Hehe


Bilik air dia sungguh best. Terasa berada di Lego Land. Hehe.

5 days 4 nights di habiskan bersama my very best friends since I was born was the best thing happened to my life. Tambahan lagi, semua sibuk dengan sambung belajar. Baik aku pergi tenangkan diri yang hampa ke negara orang. Sambil tu usha Universitas di sana. Hikhikhik

14.4.12

Kehidupan





Ada rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat  meneruskan apa yang sebenarnya aku mahukan.

Mungkin rezeki ditempat lain. Tidak mengapa :)

3.4.12

Tidak kesahlah

Aku kau
Manusia sama.

Apa yang membezakan kita?
Tiada.

Kalau dihisab nantipun. Tiada apa yang ditanya melainkan amal.
Bukan ditanya.

Pangkat kau apa?
SPM kau dapat berapa?


Tidak kesahlah belajar dimana-mana asalkan dapat sambung belajarnya.
Tidak kesahlah bekerja dimana-mana asalkan halal rezekinya.

Manusia sekarang lebih memikirkan darjat, tempat status untuk menilai sesuatu.
Manusia sekarang lebih memilih apabila sudah dapat sesuatu.

Manusia itu kita.

Tidak hairanlah ramai penganggur dalam kalangan lepasan graduan yang belajarnya tinggi-tinggi melangit.
Tidak hairanlah.


Ftn A
2 April 

31.3.12

Rutin

Hari-hari aku bangun. Jenguk ke luar pintu. Melihat kereta lalu-lalang didepan rumahku.
Ah, alangkah bagusnya kalau aku punya satu.

Aku kembali baring di sofa. Mendongak melihat ke siling rumah yang sudah berpuluh tahun usianya.
Apa yang bakal aku jadi?
Apa nasib aku nanti?

Ah, bosan.

Aku lekas bangun. Terus menuju ke komputer terletak berhampiran dengan ruang makan.
Cuba untuk melayari laman-laman sosial.
Laman sosial yang penuh dengan manusia plastik.

"Hello world" update aku pendek di laman tersebut.

Setelah beberapa minit kemudian, aku bosan lalu aku tutup saja komputer.

17.3.12

Passing Out Ceremony

National Service (Paya Indah) Kumpulan 1 Siri 9/2012 is the best!
An awesome experience in my life :)

photo source : Here