1.12.13

Dua benda ini

14 October 2013

Kepala,
Dihantui kata-kata kasar yang menjatuhkan
Serta suara-suara nista yang seakan syaitan.

Otak yang semakin berkeladak,
 mengambil masa untuk mengubah tindak.
Cucilah ia dengan pelbagai bait aksara indah
Tak mampu sekelip mata semuanya berubah.

Hati,
Dibanjiri harapan dan manis janji si pujangga
Tanpa tahu ianya mudah rapuh umpama kaca

Terlampau banyaknya cela serpihnya
Hingga kelam warna tak mampu dibayangkan jiwa.

Dua benda ini, Bukan tempatnya untuk dipijak-pijak.
Ianya suatu tempat agong yang harus kau jejak.

23.10.13

Quick

Hei i'm back. (typical types of person)

Hmmm.

At this moment I've been thinking through out my life, during this freaking semester break how far  that I've already achieve in my life? None. Even though there's lot of things happened to myself this past few months or should I say through out this year?

There a lot of ups and down moments. Fantasy or reality. I've faced it. I don't know. Sometimes the bad things can be a good thing and vice versa.

Actually I already running out of words to say. Some little things stuck in my head.
Five days until  I am  going to say goodbye to my eighteen years life.
Sit down and start to realize and review all the things that happen.


Hmm
Life.


Ftn.

2.5.13

Manusia Senang

Ingat lagi kata aku yang aku cuba untuk menjadi manusia senang?
Senang bukan dalam erti kata 'kaya, mewah'
Senang yang sebaliknya.

Tidak perlu banyak bicara, kata dusta. Just take it simple and make your life easy.
Toksah nak pening kepala.
Toksah nak stress.
Buat tambah banyak dosa.
Buat tambah banyak jerawat dimuka.

Ya, aku sedang cuba.

Senang = mudah.

Tapi jangan ambil mudah tika sampai soal agama.

Anak Anuar
Rumah.


22.4.13

I am old.

Aku selalu merasakan yang kadangkala ianya bagus untuk hidup
sendiri.
Tanpa ada yang peduli.

Tapi, semua itu hanya mimpi yang kau hanya boleh impi.
Pabila kau menempuh dunia luar yang penuh  lagak barat dan rupa yang plastik.
Siapa yang jaga dan prihatin tika hati kau di jentik?

Tiada siapa.


##

Suatu malam itu kita tidur bersama, borak sampai tak ingat apa.
Terifikirkan apa yang bakal kita akan jadi pada sepuluh tahun akan datang.

Aku pakukan ke hati. Masa takkan berubah.
Cuba sedapkan hati, tak ada apa kita akan tetap bersama.

Tapi aku lupa,
Bila tahun itu dah tinggalkan kita, kita tak mungkin akan berpatah balik kepadanya.

Jarang ataupun tiada langsung bersua
Kerana arah tuju kita sudah berbeza

Tak pernah terfikir tika itukah masanya patut diucap selamat tinggal
Cuma fikir, mungkin masa bergerak begitu laju.

###

When I saw those old pictures, the memories are there but 
These memories are playing like a film without sound.

####

Tak pernah sedetik pun lupa setiap mereka yang datang dan pergi dalam hidup.
Apatah lagi yang kekal. 

Ftn Anuar
Klang


"As we go on, we remember, all the times we had together, and as our lives change come whatever, we will still be friends forever"




25.3.13

Wednesday

The day my soul were gone.



"Engkau tak sekuat mana yang kau bayang. Yang kau idam.
Engkau tak sekeras mana yang kau rasa. Yang kau ada
Engkau tak sedegil mana yang kau mampu. Yang kau pendam."


Engkau terlampau baik sehingga kau sanggup biar hati kau dicarik.
Engkau terlampau fikirkan orang lain sehingga kau sanggu hati kau dipijak diketepikan.

Terlampau baik.
Jangan jadi baik sangat boleh, fatin?

16.2.13

Yang mustahil.

Petang semalam, aku bersama favourite cousin bercadang mahu membeli buku end up serbu movie theater.  tanpa tahu mahu tonton apa.

Langsungkan saja, cerita ini. Tanpa tahu siapa pelakonnya, jalan ceritanya.
Random pick.
But turn up be a awesome choice.



Kali pertama aku menangis dalam panggung. Apa yang buat aku tersentuh nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan kuasa tuhan yang maha esa.

This movie is based on a true story.
Can you imagine this happen to you family?
And what if it's happen to your family.
What if.

RM9 worth it after all. You guys should watch it.



p/s : Cerita ini jadi tak best kalau hangpa semua dah tengok trailer dia. Jadi, jangan tengok trailer. Nanti tak best. Heh.


14.2.13

Janji kau tahi.

Pagi-pagi hari ini tiada apa yang aku boleh buat dari duduk dikedai kopi, baca akhbar harian, menonton gelagat manusia.

Dalam pada waktu begini apa yang hanya kita boleh lakukan?
Duduk sendiri.
Sampai otak mati mahu fikirkan apa yang menanti.

Nyahkan apa yang ada dalam benak fikiran. Lupakan segala pada mereka yang hanya menabur janji-janji manis yang mahu berada di samping kau tika kau sendiri.

Mana? Mereka hanya tahu rindu tapi untuk memaku kembali jiwa yang ranap hancur?
Haih mereka lupa. Lupa pada janji mereka yang aku rasa telah lebur.

Hati itu  tak mahu kau dua puluh empat jam disisi. Tidak. Tidak mahu.
Cuma sekali itu dia mahu kau ingat kembali.

Persetankan.

Manusia. Mulut. Manis.

"You never find yourself until you face the truth" _ Pearl Bailey

10.2.13

For you.



Untuk kalian yang punya rasa low self-esteem, lack of confident disebabkan kekurangan dari segi fizikal, mental atau apa sekali pun.

Just remember, you are yourself. You can't be like others.
 Being ourselves is the best thing we can be.

Dulu, aku punya rasa yang sama. Pabila aku dikalangan mereka yang bagus-bagus, lawa-lawa, pandai-pandai. Boleh dikatakan punya segalanya. Sempurna.

Tapi, aku pakukan tepat ke hati. Satu perkara ini.

Apa bagusnya jadi sepeti mereka-mereka? Kan lebih bagus aku jadi aku.
Persetankan "Perhatian manusia, pujian segala"

Yang penting Tuhan yang Maha Kuasa.
Allah yang Esa.

Ftn Anuar
Klang

21.1.13

Love

Sejujurnya kalau nak ditanyakan tentang cinta pada aku. Yang aku tahu ada lima

Cinta aku pada pencipta dan rasulnya
Cinta aku pada ayah bonda
Cinta aku pada sahabat-sahabat teman tawa.
Cinta aku pada diri yang ada
Cinta aku pada kehidupan bagi aku cukup sempurna.

Kalau nak ditanyakan tentang cinta yang sebaliknya.
Aku tidak pernah mahu tahu.

Shah Alam


20.1.13

Dreams do come true.




DIA FRAMPTON!
&
The Impatient Sisters


12 Jan, a day to remember. Acoustic showcase by Dia Frampton. I've been following her music since Meg & Dia Band. Please come back to Malaysia :)
I LOVE YOU DIA!

p/s : Once again, thank you to syamim! My so called fairy god-mother. Hahaha.