22.4.13

I am old.

Aku selalu merasakan yang kadangkala ianya bagus untuk hidup
sendiri.
Tanpa ada yang peduli.

Tapi, semua itu hanya mimpi yang kau hanya boleh impi.
Pabila kau menempuh dunia luar yang penuh  lagak barat dan rupa yang plastik.
Siapa yang jaga dan prihatin tika hati kau di jentik?

Tiada siapa.


##

Suatu malam itu kita tidur bersama, borak sampai tak ingat apa.
Terifikirkan apa yang bakal kita akan jadi pada sepuluh tahun akan datang.

Aku pakukan ke hati. Masa takkan berubah.
Cuba sedapkan hati, tak ada apa kita akan tetap bersama.

Tapi aku lupa,
Bila tahun itu dah tinggalkan kita, kita tak mungkin akan berpatah balik kepadanya.

Jarang ataupun tiada langsung bersua
Kerana arah tuju kita sudah berbeza

Tak pernah terfikir tika itukah masanya patut diucap selamat tinggal
Cuma fikir, mungkin masa bergerak begitu laju.

###

When I saw those old pictures, the memories are there but 
These memories are playing like a film without sound.

####

Tak pernah sedetik pun lupa setiap mereka yang datang dan pergi dalam hidup.
Apatah lagi yang kekal. 

Ftn Anuar
Klang


"As we go on, we remember, all the times we had together, and as our lives change come whatever, we will still be friends forever"




No comments: