6.1.13

Ada apa dengan tahun baru?

Bagi aku tahun baru atau lama semua sama. Cuma, di setiap tahun baru la semuanya baru ditukar baharu.

Aku sejenis manusia yang tidak kisahkan tahun baru. Bagi aku cukup sekadar aku mengharapkan tahun seterusnya akan datangkan pelbagai peluang dan rezeki kepada aku, keluarga dan rakan-rakan.

Kalau di tanya aku menyambutnya dimana mahupun dengan siapa? Aku menyambutnya dengan tidur. Tanpa dentuman bunga api mahupun bergembira bersama rakan-rakan.

Yeah. Loser.

Nak buat lagu mana? Dah itu memang aku. Sebab itu aku habaq mai tanya kat hangpa semua.
Ada apa dengan tahun baru?

Aku rasa belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat tinggal 2012. Semoga yang lahanat terus pergi.

Ftn A
Klang

No comments: