17.6.12

Orang paling tabah

Beliau dilahirkan tanpa mendapat peluang untuk merasa kasih ayahnya. Selebihnya, beliau dibesarkan oleh ibunya yang tabah. Sampai ke hari ini beliau rindukan kata-kata ayahnya yang mungkin tidak pernah untuk beliau dengari.Hidupnya susah. Tapi beliar tidak pernah berputus asa.

Kehidupan beliau yang dahulu masa kecil mengajar beliau untuk membina hidup di masa hadapan. Kini, beliau dikurniakan keluarga yang bahagia. Walupun pelbagai rintangan tetapi beliau tetap tabah.

Beliau yang dimaksudkan adalah Abah.

Abah selalu berpesan "Abah kalau boleh, abah mahu kau punya segala. Supaya kau tidak susah payah mahu meminjam-minjam orang. Supaya kau senang belajar, abah tak nak kau jadi macam abah. Nak belajar pun susah"



Abah manusia tabah. Paling tabah. Aku belajar dari dia.
Selamat Hari Bapa.


No comments: