Jikalau kalian ada membaca coretan aku sebelum ini, ada aku selitkan harapan untuk bertemu dengannya, lihat dia beraksi. Itupun sudah cukup.
Allah kabulkan impian aku,
Untuk berjumpa dengannya. Malah, lihat beliau beraksi, lihat beliau melancarkan buku. Lihat kesederhanaan beliau bergaul dengan anak-anak muda.
Aku kagum.
Aku bertekad dengan diriku, selagi aku tidak berjumpa dengannya, merakam sedikit memori dengannya, aku tidak mahu pulang. Itu janji aku.
Aku bersyukur, aku dapat bertemu beliau.
Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku.
Usai, bertemu dengan beliau, ketika mahu pulang sempat aku bersalam dengannya. Bagai seorang cucu bersalam dengan atuknya.
Waktu itu, terharu benar aku. Aku begitu rindukan arwah atuk. Sudah lama benar aku tidak bersalam dengan atuk.
Alhamdullilah.
Terimakasih rakan. Kalau tidak engkau turun temankan. Mungkin aku tidak dapat berjumpa dengan pejuang rakyat yang dikagumi ini.
Semoga Pak Samad terus tabah :)

No comments:
Post a Comment