27.12.11

Cliche'

Kau pernah dengar "people come and people go?"

Jangan menidakkan perkara yang betul. Perkara itu betul dan tidak pernahnya tidak berlaku. Aku belajar dari pelbagai aspek.

Aku bukan sekadar belajar di sekolah. Aku belajar dimana-mana. Subject yang aku pelajari tidak terikat dengan hanya sepuluh matapelajaran wajib aku jawab tika SPM.

Gadis seorang yang tabah dalam hidupnya. Dia selalu berserah sahaja dengan apa yang bakal berlaku. Dia selalu berpegang kepada prinsipnya yang satu. Yakni tidak akan pernah 'patah balik'

Dia pernah bertanya kepada bondanya,

"Ibu, sampai bila?"

Bondanya senyum lantas terus mengesatkan air mata anaknya daripada terus mengalir

"Anak gadisku, kau perlu tahu tuhan itu satu dan maha adil. Anak gadisku, kau perlu tahu, tidak semua perkara kita punya. Anak gadisku, dalam dunia yang penuh kejahilan ini kau perlu tahu satu."

"Apa ibu?"

Bondanya diam seraya berkata

"Wahai anak gadisku, dulu ibu pun pernah merasa malah sehingga kini. Kamu perlu berpegang pada yang satu. Kamu perlu jadi anak gadis yang berdikari dan jangan pernah terlalu mengharap atau bergantung nasib pada sesiapa atau apa-apa. Hanya bergantung dan mengharap padaNya."

"Ibu.."

"Sudahlah, jangan menangis. Bila kamu sudah besar kamu akan tahu"

Aku tahu :)

No comments: