Tuhan sering menigatkan kita 5 perkara sebelum 5 perkara. Tapi hari ini aku akan bercakap tentang sihat sebelum sakit dan lapang sebelum sempit.
Apa yang aku nak coretkan disini, adalah mengenai aku. Aku manusia yang penuh dengan kealpaan. "Manusia mudah lupa" terus menjadi igauan.
Aku diduga tuhan semasa tiba waktu peperiksaan. Masa itu kertas yang paling aku tunggu-tunggu untuk melepaskan semua aliran ilmu dikepala aku.
Malam itu, aku hanya duduk merenung lemah. Aku tiada daya. Segala apa yang aku telaah seolah-olah di tolak tepi oleh otak. Otak hanya menjerit untuk rehat.
Selepas selesai Isya' , aku terus merehatkan diri. Mujur rakan bangunkan aku untuk telaah sama-sama. Aku turun. Tapi aku tidak berdaya terus naik keatas dan mengambil keputusan untuk 'mati sementara'.
Esok paginya di kelas, aku hanya tidur dan tidur. Tiada satu detik pun aku buka buku dan cuba baca.
Sedihnya, semasa menjawab pun sama.
Ilmu Fizik,
Aku minta maaf jika aku kecewakan engkau.
Namun waktu itu aku tidak berdaya.
Aku harap kita boleh berjaya.
Insyaallah.
Notakaki : Jadi ingatlah wahai my transparent cyber friends, bila kita sihat itulah kita cuba cari waktu untuk belajar. Jangan diwaktu akhir. Mana tahu kita diduga tuhan waktu itu.
9.42 AM
Seremban, Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment