21.12.09

Drama mungkin kau rasa tak logik

"Melayu . Mungkin orang akan labelkan kaum yang lemah . Mungkin ya atau mungkin tidak .
Ya ,Aku tujukan kepada segelintir mereka yang perosak bangsa mereka sendiri . Tidak bersyukur dengan apa ada . Hanya mampu mengkritik dan berkata daripada melakukan dengan kudratnya sendiri . Orang jenis apakah ini ?
Tidak pula , Aku serahkan kepada sebahagian mereka yang mengharumkan dan membanggakan bangsa , agama serta negara mereka yang tercinta . Terima kasih . Kerana ada masa membuatkan aku berkata 'Aku anak melayu dan bangga menjadi rakyat Malaysia' "



"Kata 'Satu Malaysia' . Jadi , tunjukkan lah apa itu satu Malaysia . Jangan gah dek nama tapi habuk pun tak ada . "

Itu pendapat 'aku' . 'Aku' yang mereka mereka kata masih kanak kanak berfikiran cetek , perangai tak cerdik . Aku yang mana mereka rasa boleh diperbodoh bodohkan dan juga di permainkan . Aku yang mereka hina berbagai bagai kata dan mungkin mereka fikir 'ahhhh siapa dia ? Apa dia tahu ? fak dia ! '

Muahahaaha , Maaf aku rasa tiba tiba kelakar

Ya , mungkin aku akur . Aku bukan siapa siapa untuk berkata sebegitu mungkin ?
Ahhh , aku tak peduli
Kerana . Sekarang apa beza beratus ekor semut dengan seekor gajah afrika ?

Manusia , banyak jenisnya . Kadangkala aku bagaikan rasa lucu untuk berkata . Kerana aku juga seorang manusia .

*sengih

Dua hari yang penuh drama membuatkan aku berbual sendiri . Apakah yang akan terjadi pada aku , mereka serta dunia ?
Bagaikan sesuatu yang sayu berbisik ke aku . 'Jangan kau fikirkan kini , banyak perkara yang belum kau terokai , kau selidik satu per satu'



Ada satu minah tanya aku 'Kalau kau rasa satu hari kau dah cukup bagus, apa kau akan lupa diri ?' 
Bagi aku itu hanya soalan bodoh .serius

*sengih lagi
Ok aku tipu . Bagi aku soalan itu ada bagusnya . Bagus untuk menyedarkan aku satu hari kelak . Tapi , bonda ada untuk sedarkan aku , nasihatkan aku . Ayahanda ada untuk bimbing aku ajar aku perkara yang mungkin aku lupa . Sahabat aku yang sering berada di belakang untuk angkat aku jika aku rebah , mati . Adik beradik aku yang bagaikan muzik indah yang selalu mengiringi aku untuk kemana mana . Aku ada mereka semua .

Tak mungkin,
Aku akan lupa jasa mereka .Mereka bagaikan udara H20 yang membantu aku untuk hidup

*sengih nampak gigi

Ya , itu asam garam manis kelat kehidupan manusia . Apa boleh buat mulut  mereka , mereka yang cuci mereka yang jaga . Bukan kita


1 comment:

BABUJIE said...

WOW !
clap clap clap !
sungguh menyedarkan diri saya yang sgt kebodohan :]