17.9.09

Nota dari pengemis


Gambar di peroleh dari google.com

Pagi tadi , aku nampak dua orang anak remaja sedang duduk di tembok jalanan . Sorang lelaki , Sorang lagi perempuan


Tengah sebuk bermain cinta , pegang sini pegang sana . Aku tegur dan nasihat mereka . Tapi mereka halau aku . Kata pengemis tak guna .


Lepastu aku jalan lagi ,aku lapar . aku jumpa sebuah warong . Tempat orang sebuk melepak . Bercerita dan macam macam lagi . Aku singgah . Tapi empunya warong kata, kau tak layak kat sini dah lah kotor . Mengotorkan kedai aku je .


Bukan itu sahaja , dia akan menganggap aku akan mengotorkan reputasi warong dia . Sombong !

Sejurus selepas itu , aku ternampak orang usung keranda . Aku tak sertai cuma aku ikut dari belakang . Selepas je talkin selesai membaca doa , aku ketawa sendiri dengan kuat . Aku berkata " Aha , Akhirnya semua ke kubur"

P/s : Ini bukan idea aku , aku dapat masa tengah lepak dekat library tadi . Aku baca sungguh bermakna . Ayat bukan 100% dekat akhbar tuh . Aku lupa jadi aku hentam je . Tapi Jalan cerita masih sama . Aku harap ada orang yang dapat bantu si pengemis .



Thanks 

No comments: